Posted by: admin on: Mei 23, 2009
Ini adalah antara cerita melau yang bagi aku, nampak real dari segi special effectnya. Walaupun hanya dari segi tembakan dan kesan tembakan, itu sudah cukup untuk menjadikan aku suka menontonnya. Kalau cerita best tapi special effect macam sial pun tak guna. Banyak lagi cerita Melayu Boleh yang seronok ditonton, cuma kekadang tu kita lebh mengutamakan cerita orang putih dari Hollywood.
Posted by: admin on: Mei 22, 2009
Filem romantik komedi gadis melayu tercomel abad ini, Lisa Surihani. Kalau bukan pasal dia, mungkin kami tak akan pergi tengok. Kalau inginkan awek melayu secantik Lisa Surihani, dapakan tips kecantikan melayu di My Melayu. Anda pasti akan kelikahat menarik selepas 24 bulan .. ha..ha.. jangan percaya. Cuba dulu, tapi kalau dah tak cantik, lupakan sahaja. Mungkin bukan pada paras rupa, tapi cantik budi pekerti lebih molek.
Posted by: admin on: Mei 22, 2009
Filem Muallaf Yasmin Ahmad. Ramai mengatakan ia lakonan terhebat Dato’ Rahim Razali.
Posted by: admin on: Mei 22, 2009
Sebuah filem Dakwah Keluarga arahan Ahmad Idham. Menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Heliza Akademi Fantasia & Haziq dari Tom Tom Bak.
Posted by: admin on: Mei 22, 2009
Nampak menggirukan, mesti budak-budak tak tahan tengok trailer ni. Tetapi harap-harap janganlah filem melayu ini menjadi pemangkin yang mengalakkan perbuatan buruk di kalangan remaja.
Apa kata pengarah:
“Jika ingin memaparkan realiti kehidupan ‘mat rempit’ serta ‘bohsia/bohjan’, bak kata Syamsul, dia perlu berani menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku walaupun ia mungkin dilihat sebagai tidak sesuai untuk tontonan umum. Walaupun tiada babak yang dipotong Lembaga Penapisan Filem, namun ia telah di klasifikasikan sebagai 18PL yang bermakna filem tersebut ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks.
“Saya tidak takut rating 18PL akan menghadkan segmen masyarakat yang dibenarkan menonton filem ini. Saya percaya pada rezeki. Dan sebenarnya, apa yang terjadi di dunia realiti lebih teruk dari apa yang saya paparkan.”
Oleh itu, bagi mereka yang mengharapkan satu ‘happy ending’, bersedia untuk dikecewakan. Menurut Syamsul, buat sebuah filem seperti ‘Bohsia’, satu pengajaran perlu di sampaikan.
“Takkan nak enjoy saja sampai habis. Saya ingin menampilkan sebuah filem yang bukan sahaja menghiburkan tetapi mampu membuat penonton berfikir dan saya merasakan mereka sudah bersedia (untuk menerima pengakhiran cerita yang sedih).”
Bohsia mengisahkan dua anak gadis Amy dan Tasya yang menjadi mangsa kerakusan lelaki belang. Tanpa pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna, Amy dan Tasya memilih jalan hitam untuk menjadi bohsia. Muz teman lelaki Tasya seorang suka cakap besar dan Acai teman lelaki Amy seorang yang pantang dicabar. Bapa Amy seorang kaki judi sering mengangu kehidupan Amy. Azam seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya dan insaf atas kesilapannya yang dulu. Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah tetapi tidak mengetahui Aisyah suka berbogel. Tasya yang berang dengan kecurangan Muz, relakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya. Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri. Muz mendedahkan cuba memberitahu identiti abangnya dan dirinya sebagai mat rempit. Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak merogol Amy. Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh. Salleh yang mabuk cuba mengambil kesempatan pada Amy. Kesian Amy.
Posted by: admin on: Mei 22, 2009
Hello Dunia!
Ini adalah pos pertama di blog Filem Melayu. Macam-macam ingin dibincangkan. Stay tuned.